Assalamua'laikum w.b.t. dan Salam Sejahtera


Y. Bhg Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

PEMAKLUMAN: PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian telah membuka permohonan bagi skim geran penyelidikan berikut:

        2.1    Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)
        2.2    Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
        2.3    Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)
        2.4    Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS)

3.    Sehubungan itu, bersama ini disertakan Garis Panduan Geran Penyelidikan dan Takwim Geran Penyelidikan sebagai rujukan dan tindakan pihak Y. Bhg Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

          Garis Panduan FRGS (Pindaan 2016)

          Garis Panduan LRGS (Pindaan2016)

          Garis Panduan PRGS (Pindaan2016)

          Garis Panduan TRGS (Pindaan2016)

          Takwim Umum Geran KPT 2016

4.         Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian menggunakan portal MyGRANTS dengan melayari laman web https://mygrants.gov.my dan penyelidik adalah disarankan untuk mematuhi tarikh yang telah ditetapkan dan tidak membuat permohonan pada saat-saat akhir bagi mengelakkan sebarang permasalahan. 

5.         Sebarang pertanyaan lanjut, mengenai permohonan boleh menghubungi  Sekretariat di talian 03-5544 8252/8251/8253 dan bagi pengesahan pendaftaran penyelidik di sistem MyGrants boleh menghubungi Puan Norwaheeda Binti Zainuddin  di talian 03-5522 8252 atau Encik Nawwar Aqhimullah Abdul  Aziz di talian 03-5544 5253 .

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Profesor/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, dimaklumkan.

Yang benar



JUHAIDA ABD AZIZ
Penolong Pendaftar
Pejabat Komuniti Penyelidikan (CoRe)
Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI)
Universiti Teknologi MARA
Tel     :  03-5544 8278
Faks   :  03-5543 8280

Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Alternate email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
b/p Penolong Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)