MUATURUN GARIS PANDUAN & TAKWIM

1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

(a) Garis Panduan FRGS 2017 (Pindaan 2017)

(b) Takwim FRGS 2017

2. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)

(a) Garis Panduan PRGS 2017 (Pindaan 2017)

(b) Takwim PRGS 2017

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr.,

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) FASA 1/2017 KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2017 akan dibuka kepada penyelidik di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seperti yang berikut:

(i) Geran : Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)
Tempoh : 15 Disember 2016 – 10 Januari 2017
Siling : RM500,000.00

(ii) Geran : Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
Tempoh : 15 Disember 2016 – 13 Feb 2017
Siling : RM250,000.00

3. Pertimbangan bagi permohonan PRGS dan FRGS Fasa 1/2017 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:-

(i) Penyelidik
(a) Skim Geran Penyelidikan Pembangunan prototaip (PRGS)
Skim PRGS dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat permohonan dan telah melengkapkan projek terdahulu (berdasarkan pencapaian yang dilaporkan dalam sistem MyGRANTS);

(b) Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
Permohonan baharu bagi mereka yang mempunyai dan mengetuai geran FRGS perlu mempunyai bukti prestasi projek mencapai 75%(berdasarkan pencapaian yang dilaporkan dalam sistem MyGRANTS); dan

(c) Telah mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service))

di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS.

(ii) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan PRGS (Pindaan 2017) dan Garis Panduan FRGS (Pindaan 2017);

(iii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak boleh melebihi siling yang ditetapkan dengan tempoh penyelidikan tidak melebihi dua (2) tahun untuk PRGS dan tiga (3) tahun untuk FRGS; dan

(iv) Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek penyelidikan.

4. Pemohon perlu membuat permohonan PRGS dan FRGS secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Disember 2016. Untuk makluman pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr. permohonan PRGS Fasa 1/2017 perlu dikemukakan kepada pihak urus setia sebelum atau pada 10 Januari 2017 manakala permohonan geran FRGS Fasa 1/2017 adalah sebelum atau pada 13 Feb 2017.

5. Takwim dan Garis Panduan PRGS dan FRGS (Pindaan 2017) disertakan. Sehubungan itu, kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr. adalah dipohon untuk mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan di dalam takwim dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan bagi mengelakkan sebarang permasalahan. Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada pihak urus setia di talian 03-5544 8252/8255/8289.

6. Sebarang permasalahan berkaitan sistem MyGRANTS , pihak penyelidik boleh menghubungi pihak urus setia.

Perkara yang dinyatakan di atas adalah untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr. jua.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat JKPaP